Saturday 29 December 2012

MINIT MESYUARAT GURU 1 DAN LAIN-LAIN

disertakan untuk rujukan.
 1. minit mesyuarat guru 1 2013.
https://www.box.com/s/6jybrrrzcj88g85oba8m

2. draf takwim pengurusan - untuk rujukan
https://www.box.com/s/kp9t0obhe3qj9zisca80

3. presentation mesy guru 1 2013
https://www.box.com/s/6jybrrrzcj88g85oba8m

Thursday 27 December 2012

PERATURAN PEPERIKSAAN 2013

Pohon di down load dan masing-masing menyimpan satu salinan.
Bincang dalam taklimat peperiksaan 1 2013 jika ada yang was-was dan tidak bersetuju.
terima kasih.

https://www.box.com/s/2lyv65m0phgw2cu1yyks


Bahan pembentangan taklimat peperiksaan 1 2013

salam untuk semua guru

disertakan bahan rujukan pada Jumaat 28 Disember 2012

https://www.box.com/s/nxvyww94fdpyu0oxprwt

terima kasih.

Wednesday 26 December 2012

Perjumpaan Jawatankuasa HEM 1 2013

salam untuk semua.

Hebahan ini ditujukan kepada :
1. Pengerusi Jawatankuasa kecil HEM 2013 - mohon hadir di bilik gerakan untuk satu taklimat ringkas bersama PK HEM  bagi pengurusan Jawatankuasa masing-masing.

2. Bagi  semua guru yang dilantik sebagai ahli jawatankuasa unit HEM, pohon bawa laptop pada 27 Dis 2012 untuk aktiviti kerja buat jawatankuasa 2013.

Sekian .Terima kasih.

Tuesday 25 December 2012

LAMPIRAN PENGURUSAN PANITIA 2013


U/P SEMUA KETUA PANITIA
Pohon download lampiran pengurusan panitia 2013. Lampiran ini akan digunakan dalam mesyuarat Jawatankuasa panitia 1 2013.
bawa bersekali headcount ikut subjek masing-masing yang sudah pun di up load sebelum ini.
sekian terima kasih.

https://www.box.com/s/cy9ejmspp6hrf59oflyp

Sunday 23 December 2012

kerangka konsep mesy HEM 1

disertakan kerangka konsep mesy HEM 1 2013 untuk dibincangkan dan disudahkan dalam mesy HEM 1 pada 24 Nov 2012.
Terima kasih.

https://www.box.com/s/mhets0v6xjq9urod6i7s


BAHAN 10 : HEADCOUNT 2013

salam,
HC 2013 untuk semua subjek dan kelas disertakan. HC akan dibincangkan dalam JK Panitia subjek   . Ada juga subjek yang belum diproses kerana wujudnya ambiguity .

1.Untuk KP-  print out dan buat kajian tindakan untuk pertingkatkan pencapaian.
2. untuk guru subjek - ikut kelas masing-masing.
terima kasih.

https://www.box.com/s/8dds6kv9g3nyca4ptr81

re post bahan 9 - modified

Resend semula bahan 9.

https://www.box.com/s/njzojj0ztuj29oqeaha4

Saturday 22 December 2012

BAHAN 9 :MODIFIED

Pohon kerjamasa semua guru untuk download bahan 9 untuk dibawa ke mesy guru 1.
terdapat sedikit ubahsuai dari bahan yang lalu
terima kasih.


https://www.box.com/s/qp1cnt0cr4vnc8f35sho

Thursday 20 December 2012

BAHAN 8 : BILIK DARJAH 2013

Disertakan kedudukan bilik darjah 2013 untuk makluman dan tindakan semua guru
terima kasih.

https://www.box.com/s/w8yldsq1lqqwsjhhfj44

BAHAN 7 : KERANGKA PENGURUSAN 2013

Salam.

kerangka dasar pengurusan dan pentadbiran 2013.
pengurusan sekolah didasari oleh kerangka ini. Jika ada perubahan , akan dimaklumkan kemudian.
terima kasih.

https://www.box.com/s/zfpkcsfhfzr8y7nki1qf

BAHAN 6 ; CARTA ORGANISASI KURIKULUM 2013

Salam untuk semua

carta organisas 1 2013 (fokus kurikulum) sebagai panduan asas. Perubahan akan dibuat setelah MKG (Maklumat guru dan kelas 2013) dibuat pengisian sepenuhnya.

sekian.

https://www.box.com/s/fmzil1nuba7dslvbo0ov

Wednesday 19 December 2012

Bahan 5 : CAKNA

Untuk semua guru subjek

1. upload senarai nama murid 2013 dalam bahan 4.

2. sediakan rekod "CAKNA" . lihat contoh yang disertakan.

https://www.box.com/s/ja7xmy0g0oi5qwfmduoo

3. Rekod CAKNA akan dibentangkan dalam mesy guru.

4, Buat satu subjek satu fail.

Terima kasih.

Bahan 4 Senarai nama Murid 2013


Salam untuk semua guru kelas 
disertakan senarai nama murid 2013.

Tugas guru kelas pada hari pertama :

1. Dapatkan surat beranak murid - semak ejaan dan pastikan dieja dengan betul spt mana dalam SB

2. Keluarkan nama murid yang berpindah keluar.

3. Sediakan kulit dan jadikan senarai nama sebagai rekod sementara jadual kedatangan. Hantar jadual kedatangan sementara ke pejabat pada jam 8.40 pagi sesi pagi dan 2.00 petang bagi guru sesi petang.

4. Patuhi arahan serahan jadual kedatangan sementara kerana PPD dan JPN akan menghubungi sekolah bagi mendapatkan jumlah murid. 

Terima kasih.

https://www.box.com/s/1sc4ar6a4me9z7k9ud7b

BAHAN 3 : Buku Log Kerja rumah

disertakan contoh buku log kerja rumah untuk murid gunakan dalam mencatat kerja rumah yang diberikan oleh guru subjek. Buku log ini dijual di kedai buku sekolah.
Tugas guru  subjek ialah memastikan murid merekod kerja rumah yang diberikan oleh guru dan disudahkan di rumah. Pastikan catatan dibuat sebelum masa pengajaran tamat.
Buku log kerja rumah ini sangat efektif bagi tujuan pemantauan tugasan.
Bagi maksud pemantuan pula, jadual penghantaran bagi semakan GB / PK akan disediakan. Tarikh semakan akan dimaklumkan kemudian.
Guru kelas dipohon untuk mengingatkan murid supaya membawa setiap hari buku log kerja rumah.
buku catatan kerja rumah ini telah dibentangkan dalam perjumpaan waris tahun 1 & 2 dan waris meminta supaya pihak sekolah mencari alternatif untuk waris dimaklumkan kerja sekolah yang sepatutnya disiapkan di rumah.
mohon kerjasama semua guru untuk memberi kerjasama dalam penggunaan buku log ini.
terima kasih.

https://www.box.com/s/g5exkyfmdj5kskel25h2

Tuesday 18 December 2012

BAHAN 2 : Draf jadual waktu 1 2013

Salam.
Draf jadual waktu 1 2013 hanya sebagai kerangka awal. Penggantian guru masih belum selesai di peringkat PPD . Jadual waktu wajib ada pada minggu pertama persekolahan.
Mohon terima dahulu. Perubahan akan dibuat kemudian.
Sila buat persediaan awal dari segi RPH dan bahan pengajaran.
Terima kasih.

https://www.box.com/s/uwpn1iolejhgccq9kbw9

BAHAN 1 : TAKWIM 2013

Salam untuk semua
Disertakan pengurusan takwim sekolah 2013 untuk rujukan.
bawa masa mesyuarat 1 2013.
terima kasih.



https://www.box.com/s/p96l2g130ul1t6q70wue

Tuesday 11 December 2012

Borang LHDN 2013

Kepada semua guru SK Bandar Baru Perda 2013
 Sila download borang LHDN 2013 .
1. Lengkapkan borang LHDN
2. Bawa dan serah ke pejabat (u/p : En. Fuad)

Borang LHDN digunakan untuk Potongan cukai berjadual 2013.
Sekian. harap maklum.

https://www.box.com/s/xv5ybtp443ey4cafst9n

Monday 10 December 2012

Kajian Pelaksanaan KSSR dalam talian peringkat JPNPP

Salam untuk semua guru sekolah rendah negeri Pulau Pinang (Sepertimana dalam surat siaran JPNPP(KUR) 600-6/12 Jilid 2 (61) bertarikh 7 Disember 2012.
 Sila muat turun instrumen berkaitan di lawan sesawang :

1. http:// www.moe.gov.my/bpk/kajian/kssr-pentadbir (untuk GB sahaja)
2. http://www.moe.gov.my/bpk/kajian/kssr-guru

Jawab soalan yag diberikan.
Terima kasih.

Sunday 25 November 2012

Bengkel Headcount 2012

Salam untuk semua guru.
Bengkel Headcount 2012 yang akan diadakan pada 26 November 2012 . Pohon kerjasama semua guru untuk :
1. memberi tumpuan sepenuhnya
2. membawa laptop sendiri
3. download markah PKSR 2 2012

Semua kerja buat berkaitan dengannya hendaklah disiapkan pada hari yang sama. Untuk itu pohon kerjasama semua ketua panitia untuk :
1. menyemak aktiviti headcount yang dijalankan oleh ahli-ahli panitia
2. mengumpul hardcopy
3. email bahan yang sudah selesai kepada saya mengikut panitia masing-masing.

Bagi memudahkan aktiviti headcount - ketua panitia hendaklah menyusun guru-guru subjek mengikut tahun. tujuannya supaya tidak berlaku bertindanan dan semuanya terlibat secara adil.

sila download bahan di bawah :
1. markah PKSR 2 2012

https://www.box.com/s/iog51lb0kibpt6bnctjw

2. sheet kerja - panduan tugasan

https://www.box.com/s/3ohs8f2e87etty1jrpat


terima kasih.

Saturday 24 November 2012

MINIT CURAI NOV 2012

Salam untuk semua
bersama-sama ini disertkan minit curai taklimat bersama Pengarah dan Tuan PPD SPT.
Baca dan ambil tindakan di mana yang perlu.
Dasar KPM yang terkini ialah MMI (melindungan masa instruksional). Buka web site yang berkenaan untuk fahami dengan lebih mendalam apa yang dimaksudkan dengan MMI.
Terima kasih.

https://www.box.com/s/ubov2engkkuljw0vxxhz

Friday 23 November 2012

ANALISIS KEPUTUSAN UPSR 2012

Bersama-sama ini disertakan keputusan USPR 2012 , GPMP dan GPS yang dicapai.
Terima kasih.

Wednesday 21 November 2012

Charta Ghantt PBS 2013

salam untuk semua guru
Terima kasih kepada guru-guru yang telah menyediakan carta ghantt PBS bagi tahun 2013 seperti mana yang dimaklumkan di dalam slot in house. Bagi yang menyediakan carta tersebut , mohon teliti semula kerana wujudnya ketidakseragaman dari segi penyediaan bahan. Sebagai rumusan untuk penyeragaman tersebut pastikan carta ghantt mempunyai item :
1. Bil
2. Topik dan subtopik mengikut Standard kandungan dan Sandard Pembelajaran
3. Band dan diskripsi band mengikut DSP
4. diikuti dengan lajur bulan dan minggu
5. ditandakan sebagai pemetaan dan mampu menterjemahkan bersama dengan SK dan SP

Komen saya :
1. Carta Ghantt bagi subjek Bahasa Arab - perlu diibuat semula.

Terima kasih.

Tuesday 20 November 2012

INSTRUMEN PEMANTAUAN PRESTASI SEKOLAH 2012

Untuk perhatian semua penolong kanan .
Sila lihat bahagian penilaian kendiri masing-masing.
sediakan mengikut spesifikasi yang dikehendaki. Kumpul kesemua maklumat dan failkan dengan kemas. Susun di bilik GB .


Pemantauan dari pegawai JPN dan PPD akan membuat penilaian prestasi berdasarkan instrumen prestasi 2012.
download dan tandakan. Semua tugasan mesti disiapkan sebelum 30 November 2012.
Sekian.



https://www.box.com/s/s2jtqid09pg14gtfrgwm

LNPT 2012

Salam untuk semua,
Seperti mana yang telah dimaklumkan dalam taklimat ringkas mesyuarat guru, penilaian prestasi akan dibuat oleh kumpulan guru yang dilantik berdasarkan bidang masing-masing.
Untuk itu guru-guru di bawah adalah terlibat dalam penilaian prestasi rakan-rakan mengikut opsyen. Prestasi rakan-rakan guru adalah berdasarkan pengurusan kurikulum bagi penilai iaitu:
- Pn Rosiah dan En Zahari (Bahasa Melayu)
- Pn Shanty dan Pn Ruhana (Matematik)
- En Mohd Akhir dan En Sabri (Sains)
- Pn Thiru dan Pn Suzana (Bahasa Inggeris)
-En Zool dan Pn Faizah (P. Islam)
-Pn Suria dan Pn Yuzaimin (Prasekolah, BK)
- Pn Noraishah (Pengisian semua guru)

manakala bagi HEM - En Nasrudin , dan Koku - En Nakeli, En Fuad - bagi AKS.
Tugasan penilai yang dilantik ialah :
- isi markah mengikut sheet yang dinyatakan sahaja.eg - en zahari - lengkapkan hanya sheet guru bahasa Melayu sahaja. sheet lain abaikan.
-Penilaian dibuat secara berasingan oleh penilai ikut bidang masing-masing
-markah diberi mengikut skala 1-10 di mana 8-10 adalah markah terbaik.
- penilaian dibuat berdasarkan pemerhatian dan pengamatan dari segi prestasi kerja, sahsiah, tingkahlaku, dan keakuran kepada profesion.
- save as ikut nama penilai masing-masing dan email pada saya untuk diconvert markah . (rmahani@yahoo.com)
- markah-markah yang dikumpul dari penilai ini menjadi panduan  markah PPP bagi setiap guru.
Jika kurang jelas, tanya pada saya.
Sekian terima kasih.

https://www.box.com/s/u7uftsrj469unwec72kw

Wednesday 7 November 2012

Takwim Mesyuarat Buka Sekolah 2013

salam untuk semua
disertakan takwim mesyuarat bulan Disember 2012 untuk rujukan .
Terima kasih. 

https://www.box.com/s/c8m9n4p6rpz6it8b2v7c

Sunday 4 November 2012

Penghantaran buku pelaporan murid

Salam buat semua guru kelas dan guru subjek.
Semakan penghantaran bagi buku:
1. Rekod kemajuan murid
2. PLBS Bahasa Melayu
3. PLBS Bahasa Inggeris

-masih terdapat guru subjek dan guru kelas yang belum menghantar buku tersebut untuk saya tandatangan.Tarikh akhir ialah pada Selasa - 6 Nov 2012.
- Segerakan kerana ketiga-tiga buku akan dikutip dan diserahkan kepada PK untuk simpanan
- Pastikan semua murid mempunyai ketiga-tiga buku tersebut kerana inilah kerja buat kita sebagai guru. Jika tuan/puan menghantar buku dalam jumlah yang tidak cukup bermakna tuan/puan tidak menjalankan tugas dengan sebaiknya.
- Buku yang dihantar dalam tandaan saya sebagai pemantau. 
- semua buku mesti menggunakan logo sekolah . Murid Tahun 1-5 wajib guna buku SKBBP. Jangan hantar buku yang berlogokan sekolah lain. Tunjukkan tuan/puan PEKA dengan situasi ini.
sekian terima kasih. 

Takwim 2013


 Salam untuk semua.
Disertakan kerangka takwim 2013. Pengisian akan dimaklumkan kemudian.
terima kasih.
https://www.box.com/s/ml479ixbd24aw5ivas5f

Saturday 27 October 2012

BUDAYA TUTUP DAN BUKA SEKOLAH

 Salam untuk semua guru.
Dilampirkan senarai semak budaya tutup sekolah 2012 dan buka sekolah 2013. Pohon kerjasama tuan/ puan untuk menyediakannya secara individu. Tandakan kesemua bahagian yang berkaitan . Serahkan bersama dengan borang LNPT 2012 kepada PK 1 atau PK Petang pada 8 November 2012.
Terima kasih.

https://www.box.com/s/m9tq8ehjvy4xzsc5k3a2

Monday 22 October 2012

Lawatan Penanda aras SK Convent Alor Setar

Saya merakamkan terima kasih kepada semua Penolong kanan dan Jawatankuasa Sekolah Jaringan yang telah bertungkus lumus menjayakannya pada 22 Oktober 2012.
Satu pengalaman baru bagi tahun 2012. Terima kasih sekali lagi.


LNPT 2012

Salam untuk semua.
Seperti mana yang dimaklumkan dalam taklimat ringkas pengisian Borang LNPT 2012, semua guru subjek dikehendaki melengkapkan analisa pencapaian pengurusan kurikulum mengikut subjek dan kelas yang diajar. Contoh yang dilampirkan hendaklah digunaka sebagai panduan pengisian SKT . Anda dibenarkan menampal pada bahagian SKT tersebut.
Terima kasih.

https://www.box.com/s/hteonpbjjkcs8fbzvvx5

Analisa Keputusan PKSR 2 2012

salam untuk semua guru kelas
disertakan sheet analisa untuk pengisian markah PKSR 2 bagi tahun 1,2,3,4 dan 5. Sila lengkapkan markah bagi setiap matapelajaran.

https://www.box.com/s/k69rrc6ym1bcvrqo1qhd

Markah PKSR 2 juga akan diconvert dengan markah ujian dan peperiksaan 2012 bagi tujuan susunan murid bagi tahun 2013.
Sehubungan dengan ini, guru kelas Tahun Anggun dipohon untuk :
a. mengumpul kesemua keputusan markah bagi kelas A,B,C, D, E G dan H.
b. sebelum diisih , pastikan guru kelas memasukkan 'column' jantina bagi setiap murid di kelasnya.
Kelas 2013, disusun berdasarkan :
1. keputusan kesemua ujian dan peperiksaan
2. diagih mengikut jantina . Ini adalah bertujuan supaya tidak berlaku 'bias' gender bagi kelas Anggun dan kelas E, G dan H.
3. Keputusan kuantiti bagi setiap kelas akan diputuskan dalam mesyuarat pengurusan Jawatankuasa penyelaras kelas.
Sekian terima kasih.



Thursday 11 October 2012

Takwim Pengurusan KSSR Tahun 3 2013


 Salam untuk semua guru
disertakan takwim pengurusan KSSR Tahun 3 dan PBS untuk tindakan dan makluman semua.

https://www.box.com/s/ykmoqh5g08ehio0u7ye5

Terima kasih.

KSSR Tahun 3 dan PBS 2013

Salam untuk semua guru.
1. Pendedahan KSSR Tahun 3 dan Pengurusan PBS perlu diperjelaskan kepada semua guru . Sehubungan dengan itu, takwim pengurusan pendedahan kurikulum dan pentaksiran wajib dihadiri oleh semua guru. Bermula pada Sabtu 13 Oktober 2012 . Takwim pelaksanaan telah disusun.
Pembentangan dilaksanakan oleh guru yang menghadiri kursus KSSR Tahun 3.
2. In house KSSR disambung pada 19 November 2012. (dimaklumkan awal lebih dari sebulan sebagai persiapan fizikal dan psikologi time)
3. Saya sudah menerima senarai alasan yang diberikan untuk tidak bersetuju dengan tarikh yang ditetapkan. Terima kasih saya ucapkan. Jika ada di antara senarai guru yang menyenaraikan alasan tersebut yang saya TIDAK PERNAH  benarkan pulang awal pada waktu bertugas atas alasan keluarga , anak atau masalah peribadi atau tidak sihat ataupun saya TIDAK MELULUSKAN permohonan cuti sakit atau cuti rehat sila berjumpa saya untuk mohon pelepasan tidak hadir pada tarikh in-house dijalankan.

Terima kasih.

Sunday 7 October 2012

Laporan Semakan Fail Pentaksiran PBS kali 1 2012

Salam untuk semua guru di bawah seliaan Guru Besar
Bersama-sama ini disertakan komen seliaan saya. Sila baiki dan hantar semula pada 25 Oktober 2012. Terima kasih

https://www.box.com/s/zvxo8q6ra34p1xruw5p3

Minit Curai Pengurusan Sekolah

Disertakan minit curai perjumpaan bersama PPD SPT pada 3 Oktober 2012 untuk makluman semua
terima kasih.

https://www.box.com/s/mi7ls0pyedmxiyfi5jx7

Tuesday 25 September 2012

Sijil Tamat Sekolah

Salam untuk guru kelas Tahun 6.
Disertakan lay out sijil tamat yang perlu disediakan oleh guru-guru kelas. Lay out ini hanya sebagai panduan untuk print out. Ubahsuai jika perlu bagi mendapatkan hasil kerja yang baik. Terima kasih .

https://www.box.com/s/3w4gn6f11cwm4cn9qldk

Sunday 23 September 2012

Pentadbiran Jadual Kedatangan 'Zero Defect'


 Salam untuk semua guru kelas,

Jadual Kedatangan Murid hendaklah ditadbir dengan sempurna dan 'tanpa cacat' . Peringatan demi peringatan telah dimaklumkan kepada semua guru. Bagi kelas-kelas di bawah , Jadual Kedatangan telah disemak dan didapati banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.
2. Sila lihat lampiran di dalam link di bawah:

https://www.box.com/s/wljsg41yr43rinah4c7z

3. Satu gerakan bersepadu untuk membaiki kelemahan akan diadakan pada 25 Sept 2012. Untuk itu guru kelas yang disenaraikan WAJIB hadir pada jam 2.00 petang dan selesaikan semua kesalahan dan kesilapan pada tarikh yang dinyatakan.
4C,4D,4E,4H,5D,5E, 5SK,6B,6D, 6E

4. Bagi kelas-kelas lain , akan dimaklumkan kemudian.

Terima kasih.

Sunday 9 September 2012

eg tukar 2012

salam untuk semua guru.
Bagi guru yang memohon pertukaran secara on line 2013 mohon dilengakpkan semua perkara-perkara yang perlu disertakan bersama borang pertukaran. Untuk tujuan pengesahan, saya perlu mendapatkan nombor rujukan pertukaran. Seboleh-bolehnya seminggu sebelum tarikh tutup secara on line, semua salinan yang diperlukan dalam pertukaran diselesaikan .
Terima kasih.



Friday 7 September 2012

Contoh Senarai nama Jadual Kedatangan

salam untuk semua guru kelas.

Disertakan contoh untuk senarai nama Jadual Kedatangan Murid. Senarai nama dan tandaan yang comot WAJIB dibuat semula. Begitu juga dengan tandaan kehadiran . Tandaan hendaklah seragam dan menggunakan pen yang sama untuk bulan yang sama.Lihat Jadual Kedatangan 6G .
Terima kasih.

https://www.box.com/s/gh7i35u2i38t4k5k67ag

Thursday 6 September 2012

Pengemaskinian data PPPS dan PPPLD secara time base TBKKK

salam untuk semua guru PPPS dan PPPLD
pohon kerjasama tuan puan untuk kemaskinikan maklumat PPP dalam sistem e pangkat yang layak dinaikkan pangkat secara TBBK (Time base berasaskan kecemerlangan) pada tahun 2013 pada atau sebelum 9 Sept. 2012.
guna carta alir yang dikepilkan.
Terima kasih.

https://www.box.com/s/55joil76cqgc22q4bpu8

Pentaksiran Berasaskan Sekolah

u/p semua guru KSSR
Bahan pembentangan sesi dialog bersama waris KSSR telah dimaklumkan dalam surat siaran sekolah.
Semua guru KSSR sila kemaskinikan laporan pencapaian prestasi ikut band . sediakan dan tampal dalam buku pelaporan murid. Satu salinan simpanan guru.
Terima kasih.


https://www.box.com/s/a97npvytrb4ab7mrbf4o

Wednesday 5 September 2012

JADUAL KEDATANGAN 2012

Salam untuk semua guru kelas

1. jadual kedatangan WAJIB berada di kaunter jadual sebelum jam 9.00 pagi. Jangan sekali-kali menyimpan jadual di bilik guru / berada di pejabat selepas jam yang dibenarkan. Minta tolong mudahkan kerja urusan di pejabat dengan mematuhi arahan penghantaran.  Terutama bagi kes-kes kecemasan yang perlukan dirujuk kepada jadual kedatangan .

2. Jadual kedatangan hendaklah dijaga dari segi kebersihan dan kekemasan. Elakkan dari membuat major kesalahan. contohnya - nama murid salah tulis, kedatangan yang salah ditanda dll yang boleh ditegur oleh pihak audit. INGAT .. sudah banyak sekolah yang mendapat teguran audit kerana gagal selenggara jadual kedatangan dengan sempurna.

3. semua data dan maklumat hendaklah dilengkapkan. terutama di bahagian belakang. Jika berlaku kes pertukaran dsbnya , semua maklumat digunakan sebagai rujukan.  Jika murid mohon bantuan dari agensi luar, no pendaftaran sekolah adalah bukti penting untuk dirujuk . Ramai guru yang gagal mencatat nombor pendaftaran murid pada setiap bulan.  no pendaftaran tidak berkongsi dengan mana-mana murid.

4. masalah dan kepincangan ini perlu diatasi sebelum sesi 2012 tamat. Untuk itu semua guru kelas lama dan baru ... wajib hadir pada 21 Sept 2012 untuk siapkan pengurusan jadual. Bagi guru yang terlibat dengan kelas OUM (jika ada) jadual mesti kemas dan bersih sebelum tarikh kelas OUM. Tidak perlu hadir kuliah jika tugas yang wajib tidak dapat dibuat dengan baik.

5. Apa yang perlu buat ? Bawa jadual kedatangan kelas masing-masing, bawa laptop, bawa maklumat murid ( bagi yang tidak lengkap) , bawa kad LDP  pada 21 Sept. 
terima kasih.

EG tukar

bagi guru yang ingin bertukar- permohonan pertukaran secara on line sudah dibuka.
Tarikh tutup ialah pada 30 Sept. 2012. Bagi yang memohon, pastikan tuan /puan mencetak maklumat dan serahkan kepada saya untuk dibuat pengesahan.
terima kasih.

Saturday 1 September 2012

Maklum balas Minit Mesy Panitia PJ kali 1 2012

U/P - Pn Kamalesh dan Jawatankuasa PJ
Minit Mesyuarat PJ yang dilaporkan tidak menjurus kepada peranan panitia di dalam meningkatkan 'capasity building' dan kemenjadian murid seperti mana yang dikehendaki di dalam FPK.
Dengan ini disertakan saranan beberapa agenda yang perlu dibincangkan di peringkat jawatankuasa PJ. Buat semula mesyuarat jawatankuasa . Maklumkan kepada saya tarikh mesyuarat .
Terima kasih.

https://www.box.com/s/5z73au1oj4ep3xq14vqo

Soal selidik PBS 2012

Guru-guru di bawah - pohon kerjasama untuk melengkapkan segera borang soal selidik PBS
Tahun 1 : Puan/Tuan:
Rohani, Mohd Sufni, Nazariah, Ruby, Roobah, Ng, Che Su, Norazira, Rozlina, Nazirah, Azrina, Rabiatul Adawiyah, Sharudin,Roshidah, Maznah , Siti Hajar, Mohd Basyir, Mohd Firdaus, Rizuan, Zawiyah, Sakinah

Tahun 2 & 3 - semua guru sesi petang

Terima kasih.

Laporan Semakan Buku Latihan (3 Sept 2012)

Bagi guru subjek yang berkenaan.
Terima kasih bagi yang telah memberi kerjasama.

https://www.box.com/s/3y0l6p9fbpizjvl3h3x3

Soal selidik Pentaksiran Berasaskan Sekolah

u/perhatian semua guru Tahun 1,2,3

Surat JPNPP (PEP) 600-11/1 Jld 3 (094) bertarikh 17 Ogos 2012 dirujuk. Tan Sri KPPM telah memutuskan semua guru Tahun 1,2,3 perlu memahami pelaksanaan PBS sepenuhnya sebelum 31 Disember 2012. LPM telah menyediakan soal selidik bagi mengenalpasti kesediaan guru dalam pelaksanaan PBS.
Semua guru Tahun 1,2,3 WAJIB memberi respon kepada soal selidik tersebut. Layari :
http://www.moe.gov.my/lp di pautan 'kajian' mulai 15 Ogos 2012.
Soal selidik dilengkapkan selewat-lewatnya sebelum atau pada 3 September 2012.
Untuk melicinkan pelaksanaan :
Penyelaras Tahun 1 - Pn Norazira
Penyelaras Tahun 2 - Pn Normala
Penyelaras Tahun 3 - Pn Norasiah
sila pastikan semua guru mengikut tahun menyelesaikan tugasan.
Pn Norazizah - puan dipohon untuk menyemak bagi pengesahan secara atas talian dengan menggunakan pautan yang sama.
Terima kasih. 

Friday 31 August 2012

Takziah dan Alfatihah

Al Fatihah untuk Allahyarhamah Cikgu Rahmah. Semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya.

Tuesday 28 August 2012

Hebahan sambutan dan Perayaan peringkat sekolah

(1) Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah 2012

U/p semua guru  - tugasan ini adalah hasil perbincangan bersama ketua panitia Kajian Tempatan
mohon supaya mendapat kerjasama semua guru bagi menjayakan aktiviti sambutan ini.

https://www.box.com/s/2c34e0035182f0a05580


(2) Majlis Lonjakan 5A UPSR bersama Parlimen Permatang Pauh
- tarikh - 30 Ogos 2012 jam 7.00 malam. Bertempat di Masjis Bandar Perda.
Semua Penolong Kanan dan Guru beragama Islam dijemput hadir.

Terima kasih.

Laporan Semakan Buku Latihan 1 2012

 Salam untuk semua guru

guru subjek kelas berkenaan , sila download .

1. surat edaran gagal hantar buku latihan untuk semakan
https://www.box.com/s/da4db90b60d931f883d4

2. surat tunjuk sebab
https://www.box.com/s/87c621a28471597dd293

jika buku telah dihantar tetapi laporan mengatakan 'tidak hantar' sila maklum kepada saya segera.
terima kasih. 


Laporan keseluruhan semakan buku latihan ikut subjek

Laporan semakan buku latihan kali 1 2012
salam untuk semua . disertakan laporan semakan buku untuk perhatian semua.
bagi guru yang tidak menghantar buku, sila download :
1. surat gagal hantar buku
2. surat jawapan tunjuk sbb gagal hantar buku

https://www.box.com/s/df791c16bbd5ff4a58f5

Thursday 23 August 2012

amalan terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran
sila download jika anda berminat untuk tingkatkan kompetensi diri dan profesion
https://www.box.com/s/db824141fa8538753355
takwim dalam bentuk pdf file

https://www.box.com/s/dffcd45a699861434dd7
pengurusan takwim 2012
salam untuk semua.
sila download takwim sebagai panduan pengurusan dan pentadbiran
sila tekan link di bawah untuk download

https://www.box.com/s/d54191fe3a7b8786f0ec