Thursday 11 October 2012

KSSR Tahun 3 dan PBS 2013

Salam untuk semua guru.
1. Pendedahan KSSR Tahun 3 dan Pengurusan PBS perlu diperjelaskan kepada semua guru . Sehubungan dengan itu, takwim pengurusan pendedahan kurikulum dan pentaksiran wajib dihadiri oleh semua guru. Bermula pada Sabtu 13 Oktober 2012 . Takwim pelaksanaan telah disusun.
Pembentangan dilaksanakan oleh guru yang menghadiri kursus KSSR Tahun 3.
2. In house KSSR disambung pada 19 November 2012. (dimaklumkan awal lebih dari sebulan sebagai persiapan fizikal dan psikologi time)
3. Saya sudah menerima senarai alasan yang diberikan untuk tidak bersetuju dengan tarikh yang ditetapkan. Terima kasih saya ucapkan. Jika ada di antara senarai guru yang menyenaraikan alasan tersebut yang saya TIDAK PERNAH  benarkan pulang awal pada waktu bertugas atas alasan keluarga , anak atau masalah peribadi atau tidak sihat ataupun saya TIDAK MELULUSKAN permohonan cuti sakit atau cuti rehat sila berjumpa saya untuk mohon pelepasan tidak hadir pada tarikh in-house dijalankan.

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment