Sunday 25 November 2012

Bengkel Headcount 2012

Salam untuk semua guru.
Bengkel Headcount 2012 yang akan diadakan pada 26 November 2012 . Pohon kerjasama semua guru untuk :
1. memberi tumpuan sepenuhnya
2. membawa laptop sendiri
3. download markah PKSR 2 2012

Semua kerja buat berkaitan dengannya hendaklah disiapkan pada hari yang sama. Untuk itu pohon kerjasama semua ketua panitia untuk :
1. menyemak aktiviti headcount yang dijalankan oleh ahli-ahli panitia
2. mengumpul hardcopy
3. email bahan yang sudah selesai kepada saya mengikut panitia masing-masing.

Bagi memudahkan aktiviti headcount - ketua panitia hendaklah menyusun guru-guru subjek mengikut tahun. tujuannya supaya tidak berlaku bertindanan dan semuanya terlibat secara adil.

sila download bahan di bawah :
1. markah PKSR 2 2012

https://www.box.com/s/iog51lb0kibpt6bnctjw

2. sheet kerja - panduan tugasan

https://www.box.com/s/3ohs8f2e87etty1jrpat


terima kasih.

Saturday 24 November 2012

MINIT CURAI NOV 2012

Salam untuk semua
bersama-sama ini disertkan minit curai taklimat bersama Pengarah dan Tuan PPD SPT.
Baca dan ambil tindakan di mana yang perlu.
Dasar KPM yang terkini ialah MMI (melindungan masa instruksional). Buka web site yang berkenaan untuk fahami dengan lebih mendalam apa yang dimaksudkan dengan MMI.
Terima kasih.

https://www.box.com/s/ubov2engkkuljw0vxxhz

Friday 23 November 2012

ANALISIS KEPUTUSAN UPSR 2012

Bersama-sama ini disertakan keputusan USPR 2012 , GPMP dan GPS yang dicapai.
Terima kasih.

Wednesday 21 November 2012

Charta Ghantt PBS 2013

salam untuk semua guru
Terima kasih kepada guru-guru yang telah menyediakan carta ghantt PBS bagi tahun 2013 seperti mana yang dimaklumkan di dalam slot in house. Bagi yang menyediakan carta tersebut , mohon teliti semula kerana wujudnya ketidakseragaman dari segi penyediaan bahan. Sebagai rumusan untuk penyeragaman tersebut pastikan carta ghantt mempunyai item :
1. Bil
2. Topik dan subtopik mengikut Standard kandungan dan Sandard Pembelajaran
3. Band dan diskripsi band mengikut DSP
4. diikuti dengan lajur bulan dan minggu
5. ditandakan sebagai pemetaan dan mampu menterjemahkan bersama dengan SK dan SP

Komen saya :
1. Carta Ghantt bagi subjek Bahasa Arab - perlu diibuat semula.

Terima kasih.

Tuesday 20 November 2012

INSTRUMEN PEMANTAUAN PRESTASI SEKOLAH 2012

Untuk perhatian semua penolong kanan .
Sila lihat bahagian penilaian kendiri masing-masing.
sediakan mengikut spesifikasi yang dikehendaki. Kumpul kesemua maklumat dan failkan dengan kemas. Susun di bilik GB .


Pemantauan dari pegawai JPN dan PPD akan membuat penilaian prestasi berdasarkan instrumen prestasi 2012.
download dan tandakan. Semua tugasan mesti disiapkan sebelum 30 November 2012.
Sekian.



https://www.box.com/s/s2jtqid09pg14gtfrgwm

LNPT 2012

Salam untuk semua,
Seperti mana yang telah dimaklumkan dalam taklimat ringkas mesyuarat guru, penilaian prestasi akan dibuat oleh kumpulan guru yang dilantik berdasarkan bidang masing-masing.
Untuk itu guru-guru di bawah adalah terlibat dalam penilaian prestasi rakan-rakan mengikut opsyen. Prestasi rakan-rakan guru adalah berdasarkan pengurusan kurikulum bagi penilai iaitu:
- Pn Rosiah dan En Zahari (Bahasa Melayu)
- Pn Shanty dan Pn Ruhana (Matematik)
- En Mohd Akhir dan En Sabri (Sains)
- Pn Thiru dan Pn Suzana (Bahasa Inggeris)
-En Zool dan Pn Faizah (P. Islam)
-Pn Suria dan Pn Yuzaimin (Prasekolah, BK)
- Pn Noraishah (Pengisian semua guru)

manakala bagi HEM - En Nasrudin , dan Koku - En Nakeli, En Fuad - bagi AKS.
Tugasan penilai yang dilantik ialah :
- isi markah mengikut sheet yang dinyatakan sahaja.eg - en zahari - lengkapkan hanya sheet guru bahasa Melayu sahaja. sheet lain abaikan.
-Penilaian dibuat secara berasingan oleh penilai ikut bidang masing-masing
-markah diberi mengikut skala 1-10 di mana 8-10 adalah markah terbaik.
- penilaian dibuat berdasarkan pemerhatian dan pengamatan dari segi prestasi kerja, sahsiah, tingkahlaku, dan keakuran kepada profesion.
- save as ikut nama penilai masing-masing dan email pada saya untuk diconvert markah . (rmahani@yahoo.com)
- markah-markah yang dikumpul dari penilai ini menjadi panduan  markah PPP bagi setiap guru.
Jika kurang jelas, tanya pada saya.
Sekian terima kasih.

https://www.box.com/s/u7uftsrj469unwec72kw

Wednesday 7 November 2012

Takwim Mesyuarat Buka Sekolah 2013

salam untuk semua
disertakan takwim mesyuarat bulan Disember 2012 untuk rujukan .
Terima kasih. 

https://www.box.com/s/c8m9n4p6rpz6it8b2v7c

Sunday 4 November 2012

Penghantaran buku pelaporan murid

Salam buat semua guru kelas dan guru subjek.
Semakan penghantaran bagi buku:
1. Rekod kemajuan murid
2. PLBS Bahasa Melayu
3. PLBS Bahasa Inggeris

-masih terdapat guru subjek dan guru kelas yang belum menghantar buku tersebut untuk saya tandatangan.Tarikh akhir ialah pada Selasa - 6 Nov 2012.
- Segerakan kerana ketiga-tiga buku akan dikutip dan diserahkan kepada PK untuk simpanan
- Pastikan semua murid mempunyai ketiga-tiga buku tersebut kerana inilah kerja buat kita sebagai guru. Jika tuan/puan menghantar buku dalam jumlah yang tidak cukup bermakna tuan/puan tidak menjalankan tugas dengan sebaiknya.
- Buku yang dihantar dalam tandaan saya sebagai pemantau. 
- semua buku mesti menggunakan logo sekolah . Murid Tahun 1-5 wajib guna buku SKBBP. Jangan hantar buku yang berlogokan sekolah lain. Tunjukkan tuan/puan PEKA dengan situasi ini.
sekian terima kasih. 

Takwim 2013


 Salam untuk semua.
Disertakan kerangka takwim 2013. Pengisian akan dimaklumkan kemudian.
terima kasih.
https://www.box.com/s/ml479ixbd24aw5ivas5f