Tuesday 25 September 2012

Sijil Tamat Sekolah

Salam untuk guru kelas Tahun 6.
Disertakan lay out sijil tamat yang perlu disediakan oleh guru-guru kelas. Lay out ini hanya sebagai panduan untuk print out. Ubahsuai jika perlu bagi mendapatkan hasil kerja yang baik. Terima kasih .

https://www.box.com/s/3w4gn6f11cwm4cn9qldk

Sunday 23 September 2012

Pentadbiran Jadual Kedatangan 'Zero Defect'


 Salam untuk semua guru kelas,

Jadual Kedatangan Murid hendaklah ditadbir dengan sempurna dan 'tanpa cacat' . Peringatan demi peringatan telah dimaklumkan kepada semua guru. Bagi kelas-kelas di bawah , Jadual Kedatangan telah disemak dan didapati banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.
2. Sila lihat lampiran di dalam link di bawah:

https://www.box.com/s/wljsg41yr43rinah4c7z

3. Satu gerakan bersepadu untuk membaiki kelemahan akan diadakan pada 25 Sept 2012. Untuk itu guru kelas yang disenaraikan WAJIB hadir pada jam 2.00 petang dan selesaikan semua kesalahan dan kesilapan pada tarikh yang dinyatakan.
4C,4D,4E,4H,5D,5E, 5SK,6B,6D, 6E

4. Bagi kelas-kelas lain , akan dimaklumkan kemudian.

Terima kasih.

Sunday 9 September 2012

eg tukar 2012

salam untuk semua guru.
Bagi guru yang memohon pertukaran secara on line 2013 mohon dilengakpkan semua perkara-perkara yang perlu disertakan bersama borang pertukaran. Untuk tujuan pengesahan, saya perlu mendapatkan nombor rujukan pertukaran. Seboleh-bolehnya seminggu sebelum tarikh tutup secara on line, semua salinan yang diperlukan dalam pertukaran diselesaikan .
Terima kasih.



Friday 7 September 2012

Contoh Senarai nama Jadual Kedatangan

salam untuk semua guru kelas.

Disertakan contoh untuk senarai nama Jadual Kedatangan Murid. Senarai nama dan tandaan yang comot WAJIB dibuat semula. Begitu juga dengan tandaan kehadiran . Tandaan hendaklah seragam dan menggunakan pen yang sama untuk bulan yang sama.Lihat Jadual Kedatangan 6G .
Terima kasih.

https://www.box.com/s/gh7i35u2i38t4k5k67ag

Thursday 6 September 2012

Pengemaskinian data PPPS dan PPPLD secara time base TBKKK

salam untuk semua guru PPPS dan PPPLD
pohon kerjasama tuan puan untuk kemaskinikan maklumat PPP dalam sistem e pangkat yang layak dinaikkan pangkat secara TBBK (Time base berasaskan kecemerlangan) pada tahun 2013 pada atau sebelum 9 Sept. 2012.
guna carta alir yang dikepilkan.
Terima kasih.

https://www.box.com/s/55joil76cqgc22q4bpu8

Pentaksiran Berasaskan Sekolah

u/p semua guru KSSR
Bahan pembentangan sesi dialog bersama waris KSSR telah dimaklumkan dalam surat siaran sekolah.
Semua guru KSSR sila kemaskinikan laporan pencapaian prestasi ikut band . sediakan dan tampal dalam buku pelaporan murid. Satu salinan simpanan guru.
Terima kasih.


https://www.box.com/s/a97npvytrb4ab7mrbf4o

Wednesday 5 September 2012

JADUAL KEDATANGAN 2012

Salam untuk semua guru kelas

1. jadual kedatangan WAJIB berada di kaunter jadual sebelum jam 9.00 pagi. Jangan sekali-kali menyimpan jadual di bilik guru / berada di pejabat selepas jam yang dibenarkan. Minta tolong mudahkan kerja urusan di pejabat dengan mematuhi arahan penghantaran.  Terutama bagi kes-kes kecemasan yang perlukan dirujuk kepada jadual kedatangan .

2. Jadual kedatangan hendaklah dijaga dari segi kebersihan dan kekemasan. Elakkan dari membuat major kesalahan. contohnya - nama murid salah tulis, kedatangan yang salah ditanda dll yang boleh ditegur oleh pihak audit. INGAT .. sudah banyak sekolah yang mendapat teguran audit kerana gagal selenggara jadual kedatangan dengan sempurna.

3. semua data dan maklumat hendaklah dilengkapkan. terutama di bahagian belakang. Jika berlaku kes pertukaran dsbnya , semua maklumat digunakan sebagai rujukan.  Jika murid mohon bantuan dari agensi luar, no pendaftaran sekolah adalah bukti penting untuk dirujuk . Ramai guru yang gagal mencatat nombor pendaftaran murid pada setiap bulan.  no pendaftaran tidak berkongsi dengan mana-mana murid.

4. masalah dan kepincangan ini perlu diatasi sebelum sesi 2012 tamat. Untuk itu semua guru kelas lama dan baru ... wajib hadir pada 21 Sept 2012 untuk siapkan pengurusan jadual. Bagi guru yang terlibat dengan kelas OUM (jika ada) jadual mesti kemas dan bersih sebelum tarikh kelas OUM. Tidak perlu hadir kuliah jika tugas yang wajib tidak dapat dibuat dengan baik.

5. Apa yang perlu buat ? Bawa jadual kedatangan kelas masing-masing, bawa laptop, bawa maklumat murid ( bagi yang tidak lengkap) , bawa kad LDP  pada 21 Sept. 
terima kasih.

EG tukar

bagi guru yang ingin bertukar- permohonan pertukaran secara on line sudah dibuka.
Tarikh tutup ialah pada 30 Sept. 2012. Bagi yang memohon, pastikan tuan /puan mencetak maklumat dan serahkan kepada saya untuk dibuat pengesahan.
terima kasih.

Saturday 1 September 2012

Maklum balas Minit Mesy Panitia PJ kali 1 2012

U/P - Pn Kamalesh dan Jawatankuasa PJ
Minit Mesyuarat PJ yang dilaporkan tidak menjurus kepada peranan panitia di dalam meningkatkan 'capasity building' dan kemenjadian murid seperti mana yang dikehendaki di dalam FPK.
Dengan ini disertakan saranan beberapa agenda yang perlu dibincangkan di peringkat jawatankuasa PJ. Buat semula mesyuarat jawatankuasa . Maklumkan kepada saya tarikh mesyuarat .
Terima kasih.

https://www.box.com/s/5z73au1oj4ep3xq14vqo

Soal selidik PBS 2012

Guru-guru di bawah - pohon kerjasama untuk melengkapkan segera borang soal selidik PBS
Tahun 1 : Puan/Tuan:
Rohani, Mohd Sufni, Nazariah, Ruby, Roobah, Ng, Che Su, Norazira, Rozlina, Nazirah, Azrina, Rabiatul Adawiyah, Sharudin,Roshidah, Maznah , Siti Hajar, Mohd Basyir, Mohd Firdaus, Rizuan, Zawiyah, Sakinah

Tahun 2 & 3 - semua guru sesi petang

Terima kasih.

Laporan Semakan Buku Latihan (3 Sept 2012)

Bagi guru subjek yang berkenaan.
Terima kasih bagi yang telah memberi kerjasama.

https://www.box.com/s/3y0l6p9fbpizjvl3h3x3

Soal selidik Pentaksiran Berasaskan Sekolah

u/perhatian semua guru Tahun 1,2,3

Surat JPNPP (PEP) 600-11/1 Jld 3 (094) bertarikh 17 Ogos 2012 dirujuk. Tan Sri KPPM telah memutuskan semua guru Tahun 1,2,3 perlu memahami pelaksanaan PBS sepenuhnya sebelum 31 Disember 2012. LPM telah menyediakan soal selidik bagi mengenalpasti kesediaan guru dalam pelaksanaan PBS.
Semua guru Tahun 1,2,3 WAJIB memberi respon kepada soal selidik tersebut. Layari :
http://www.moe.gov.my/lp di pautan 'kajian' mulai 15 Ogos 2012.
Soal selidik dilengkapkan selewat-lewatnya sebelum atau pada 3 September 2012.
Untuk melicinkan pelaksanaan :
Penyelaras Tahun 1 - Pn Norazira
Penyelaras Tahun 2 - Pn Normala
Penyelaras Tahun 3 - Pn Norasiah
sila pastikan semua guru mengikut tahun menyelesaikan tugasan.
Pn Norazizah - puan dipohon untuk menyemak bagi pengesahan secara atas talian dengan menggunakan pautan yang sama.
Terima kasih.