Saturday 27 October 2012

BUDAYA TUTUP DAN BUKA SEKOLAH

 Salam untuk semua guru.
Dilampirkan senarai semak budaya tutup sekolah 2012 dan buka sekolah 2013. Pohon kerjasama tuan/ puan untuk menyediakannya secara individu. Tandakan kesemua bahagian yang berkaitan . Serahkan bersama dengan borang LNPT 2012 kepada PK 1 atau PK Petang pada 8 November 2012.
Terima kasih.

https://www.box.com/s/m9tq8ehjvy4xzsc5k3a2

Monday 22 October 2012

Lawatan Penanda aras SK Convent Alor Setar

Saya merakamkan terima kasih kepada semua Penolong kanan dan Jawatankuasa Sekolah Jaringan yang telah bertungkus lumus menjayakannya pada 22 Oktober 2012.
Satu pengalaman baru bagi tahun 2012. Terima kasih sekali lagi.


LNPT 2012

Salam untuk semua.
Seperti mana yang dimaklumkan dalam taklimat ringkas pengisian Borang LNPT 2012, semua guru subjek dikehendaki melengkapkan analisa pencapaian pengurusan kurikulum mengikut subjek dan kelas yang diajar. Contoh yang dilampirkan hendaklah digunaka sebagai panduan pengisian SKT . Anda dibenarkan menampal pada bahagian SKT tersebut.
Terima kasih.

https://www.box.com/s/hteonpbjjkcs8fbzvvx5

Analisa Keputusan PKSR 2 2012

salam untuk semua guru kelas
disertakan sheet analisa untuk pengisian markah PKSR 2 bagi tahun 1,2,3,4 dan 5. Sila lengkapkan markah bagi setiap matapelajaran.

https://www.box.com/s/k69rrc6ym1bcvrqo1qhd

Markah PKSR 2 juga akan diconvert dengan markah ujian dan peperiksaan 2012 bagi tujuan susunan murid bagi tahun 2013.
Sehubungan dengan ini, guru kelas Tahun Anggun dipohon untuk :
a. mengumpul kesemua keputusan markah bagi kelas A,B,C, D, E G dan H.
b. sebelum diisih , pastikan guru kelas memasukkan 'column' jantina bagi setiap murid di kelasnya.
Kelas 2013, disusun berdasarkan :
1. keputusan kesemua ujian dan peperiksaan
2. diagih mengikut jantina . Ini adalah bertujuan supaya tidak berlaku 'bias' gender bagi kelas Anggun dan kelas E, G dan H.
3. Keputusan kuantiti bagi setiap kelas akan diputuskan dalam mesyuarat pengurusan Jawatankuasa penyelaras kelas.
Sekian terima kasih.



Thursday 11 October 2012

Takwim Pengurusan KSSR Tahun 3 2013


 Salam untuk semua guru
disertakan takwim pengurusan KSSR Tahun 3 dan PBS untuk tindakan dan makluman semua.

https://www.box.com/s/ykmoqh5g08ehio0u7ye5

Terima kasih.

KSSR Tahun 3 dan PBS 2013

Salam untuk semua guru.
1. Pendedahan KSSR Tahun 3 dan Pengurusan PBS perlu diperjelaskan kepada semua guru . Sehubungan dengan itu, takwim pengurusan pendedahan kurikulum dan pentaksiran wajib dihadiri oleh semua guru. Bermula pada Sabtu 13 Oktober 2012 . Takwim pelaksanaan telah disusun.
Pembentangan dilaksanakan oleh guru yang menghadiri kursus KSSR Tahun 3.
2. In house KSSR disambung pada 19 November 2012. (dimaklumkan awal lebih dari sebulan sebagai persiapan fizikal dan psikologi time)
3. Saya sudah menerima senarai alasan yang diberikan untuk tidak bersetuju dengan tarikh yang ditetapkan. Terima kasih saya ucapkan. Jika ada di antara senarai guru yang menyenaraikan alasan tersebut yang saya TIDAK PERNAH  benarkan pulang awal pada waktu bertugas atas alasan keluarga , anak atau masalah peribadi atau tidak sihat ataupun saya TIDAK MELULUSKAN permohonan cuti sakit atau cuti rehat sila berjumpa saya untuk mohon pelepasan tidak hadir pada tarikh in-house dijalankan.

Terima kasih.

Sunday 7 October 2012

Laporan Semakan Fail Pentaksiran PBS kali 1 2012

Salam untuk semua guru di bawah seliaan Guru Besar
Bersama-sama ini disertakan komen seliaan saya. Sila baiki dan hantar semula pada 25 Oktober 2012. Terima kasih

https://www.box.com/s/zvxo8q6ra34p1xruw5p3

Minit Curai Pengurusan Sekolah

Disertakan minit curai perjumpaan bersama PPD SPT pada 3 Oktober 2012 untuk makluman semua
terima kasih.

https://www.box.com/s/mi7ls0pyedmxiyfi5jx7