Wednesday 5 September 2012

JADUAL KEDATANGAN 2012

Salam untuk semua guru kelas

1. jadual kedatangan WAJIB berada di kaunter jadual sebelum jam 9.00 pagi. Jangan sekali-kali menyimpan jadual di bilik guru / berada di pejabat selepas jam yang dibenarkan. Minta tolong mudahkan kerja urusan di pejabat dengan mematuhi arahan penghantaran.  Terutama bagi kes-kes kecemasan yang perlukan dirujuk kepada jadual kedatangan .

2. Jadual kedatangan hendaklah dijaga dari segi kebersihan dan kekemasan. Elakkan dari membuat major kesalahan. contohnya - nama murid salah tulis, kedatangan yang salah ditanda dll yang boleh ditegur oleh pihak audit. INGAT .. sudah banyak sekolah yang mendapat teguran audit kerana gagal selenggara jadual kedatangan dengan sempurna.

3. semua data dan maklumat hendaklah dilengkapkan. terutama di bahagian belakang. Jika berlaku kes pertukaran dsbnya , semua maklumat digunakan sebagai rujukan.  Jika murid mohon bantuan dari agensi luar, no pendaftaran sekolah adalah bukti penting untuk dirujuk . Ramai guru yang gagal mencatat nombor pendaftaran murid pada setiap bulan.  no pendaftaran tidak berkongsi dengan mana-mana murid.

4. masalah dan kepincangan ini perlu diatasi sebelum sesi 2012 tamat. Untuk itu semua guru kelas lama dan baru ... wajib hadir pada 21 Sept 2012 untuk siapkan pengurusan jadual. Bagi guru yang terlibat dengan kelas OUM (jika ada) jadual mesti kemas dan bersih sebelum tarikh kelas OUM. Tidak perlu hadir kuliah jika tugas yang wajib tidak dapat dibuat dengan baik.

5. Apa yang perlu buat ? Bawa jadual kedatangan kelas masing-masing, bawa laptop, bawa maklumat murid ( bagi yang tidak lengkap) , bawa kad LDP  pada 21 Sept. 
terima kasih.

No comments:

Post a Comment