Tuesday 20 November 2012

LNPT 2012

Salam untuk semua,
Seperti mana yang telah dimaklumkan dalam taklimat ringkas mesyuarat guru, penilaian prestasi akan dibuat oleh kumpulan guru yang dilantik berdasarkan bidang masing-masing.
Untuk itu guru-guru di bawah adalah terlibat dalam penilaian prestasi rakan-rakan mengikut opsyen. Prestasi rakan-rakan guru adalah berdasarkan pengurusan kurikulum bagi penilai iaitu:
- Pn Rosiah dan En Zahari (Bahasa Melayu)
- Pn Shanty dan Pn Ruhana (Matematik)
- En Mohd Akhir dan En Sabri (Sains)
- Pn Thiru dan Pn Suzana (Bahasa Inggeris)
-En Zool dan Pn Faizah (P. Islam)
-Pn Suria dan Pn Yuzaimin (Prasekolah, BK)
- Pn Noraishah (Pengisian semua guru)

manakala bagi HEM - En Nasrudin , dan Koku - En Nakeli, En Fuad - bagi AKS.
Tugasan penilai yang dilantik ialah :
- isi markah mengikut sheet yang dinyatakan sahaja.eg - en zahari - lengkapkan hanya sheet guru bahasa Melayu sahaja. sheet lain abaikan.
-Penilaian dibuat secara berasingan oleh penilai ikut bidang masing-masing
-markah diberi mengikut skala 1-10 di mana 8-10 adalah markah terbaik.
- penilaian dibuat berdasarkan pemerhatian dan pengamatan dari segi prestasi kerja, sahsiah, tingkahlaku, dan keakuran kepada profesion.
- save as ikut nama penilai masing-masing dan email pada saya untuk diconvert markah . (rmahani@yahoo.com)
- markah-markah yang dikumpul dari penilai ini menjadi panduan  markah PPP bagi setiap guru.
Jika kurang jelas, tanya pada saya.
Sekian terima kasih.

https://www.box.com/s/u7uftsrj469unwec72kw

No comments:

Post a Comment