Sunday 4 November 2012

Penghantaran buku pelaporan murid

Salam buat semua guru kelas dan guru subjek.
Semakan penghantaran bagi buku:
1. Rekod kemajuan murid
2. PLBS Bahasa Melayu
3. PLBS Bahasa Inggeris

-masih terdapat guru subjek dan guru kelas yang belum menghantar buku tersebut untuk saya tandatangan.Tarikh akhir ialah pada Selasa - 6 Nov 2012.
- Segerakan kerana ketiga-tiga buku akan dikutip dan diserahkan kepada PK untuk simpanan
- Pastikan semua murid mempunyai ketiga-tiga buku tersebut kerana inilah kerja buat kita sebagai guru. Jika tuan/puan menghantar buku dalam jumlah yang tidak cukup bermakna tuan/puan tidak menjalankan tugas dengan sebaiknya.
- Buku yang dihantar dalam tandaan saya sebagai pemantau. 
- semua buku mesti menggunakan logo sekolah . Murid Tahun 1-5 wajib guna buku SKBBP. Jangan hantar buku yang berlogokan sekolah lain. Tunjukkan tuan/puan PEKA dengan situasi ini.
sekian terima kasih. 

No comments:

Post a Comment